Powered By Blogger

Wednesday, December 30, 2015

Cerita Cerita Percutian Pada 26.11.2015 - 9.12.2015 (United Kingdom)

30.12.15 6:15 p.m.
Assalamulaikum/ Salam Sejahtera 

Hai hai.. apa khabar semua? Sihat x? Aq alhamdulillah sihat adanya. Syukur. Masuk hari ni aq dah tiga minggu balik ke Malaysia.  Seperti yang koorang tau aq g bercuti ke United Kingdom tu hari pada 26.11.2015 sehingga 9.12.2015.  Banyak dugaan yang perlu aq tempuh sepanjang sebelum nak pergi bercuti cuti tu, seperti post-post aq sebelum ni... Ada hikmah disebaliknya rupanya. Nanti aq cerita.. hahaha.. kita step by step dulu k. Hari ni baru aq ada mood nak sambung cerita perjalanan aq ke UK negara paling mahal.hahahaha.  Actually seminggu selepas aq balik aq da tulis da dlm blog cuma aq x publish sbb x abis cerita. Masa tu bz sgt.. dengan nak buat minit meeting nya.. kena uruskan jamuan lagi.. mcm mcm lah.. So aq habiskan gak lah hari ni 30.12.15. Sebelum New Year kan.. t basi pulak cerita aq.. hahahahaha....
Masa aq pergi £1 = RM 6.63. So 1 minggu sebelum bertolak aq tukar RM 1,060.80 aq dapat £160.

 Day 1 (26.11.15 - Khamis)
- Dari rumah ke KLIA.
Gerak dari rumah pukul 5:00 pagi. Sampai ke KLIA 5:50 pagi mcm tu. Sampai - sampai sahaja carik surau di untuk solat subuh. Alhamdulillah selesai sudah solat. Sementara aq g solat tu my mom pergi beratur untuk warp beg. *untuk keselamatan beg kena warp lah. Ye lah sekarang ni kan mcm mcm orag nak kena kan orag. Kot la org letak dadah ke apa ke dlm beg kita. Even dah lock pon risau gak. At least dah warp tu ok kot. Insya'Allah. Lagi pun kita dah tawakal.  Oke. My mom g warp beg. Harga for luggage kecik RM 10. Yang besar sikit Rm 15 x silap aq lah. Aq pon dah lupa. Hahaha. So dah jimat masa kat situ. Lepas je aq da sudah solat, my mom pulak g solat. Selesai dua-dua dah g solat dalm pukul 7 pagi lebih mcm tu dekat nak pukul 8 pagi.

- Check in Kaunter MAS
Lepas tu kitaorg terus g carik kaunter MAS untuk check in. So kena rajin le tgk papan diaorg tu.  Beratur punya beratur selesai. Ramai jugak la masa tu. Sbb dia open. Semua org boleh check in kat situ bukan nak ke UK je. Depan kaunter tu. Tunjukkan passport kata lah kita nak ke mana.  Macam aq, aq katalah nak ke London - Heathrow. Mcm my mom masa beli tiket tu dia guna passport lama. Bulan 10 tu hari dia renew passport baru. So kena tunjuk dua-dua passport. Senang kejekan. So da dapat tiket selesailah. Owh lupa... hahaha.. Untuk luggage 30kg free kalau terbang bersama Malaysia Airlines. Time check in tu org MAS tu akan tanya "ada luggage x?, berapa?". Kalau ada ckap lah ada. Mcm aq ada 2 luggage je masa tu.  Tu pun baru 25kg ++ x sampai 60kg pun.  Pas tu baru selesai. hehehhe... Nanti dia bagi lah passport dan tiket kita. Nanti masa tu dia bagi tau lah. Gate bukak pukul berapa. Flight pukul berapa. Pastikan koorg double check ye. Kot lah silap nyaye je.

Aq ngn my mom tunggu le gate bukak 8:50pagi. Flight 10:10 pagi. Sambil-sambil tunggu tu sarapan lah dulu. Bawa bekal dari rumah. Menunya - nasi putih, gulai udang dengan rebung. Pergghhh sedap ko. Mak aq yang masak mesti la best. hahahah...

Sumber dari Google Image

Da agak-agak pukul 8:50 pagi tu kita org beratur untuk lepas kastam untuk turun ke bawah. Mcm gambar kat atas ni. Aq x sempat ambik gambar. hahaha.. Masa check kastam tu kena tunjukkan passport dan tiket. Dia org akan scan tiket kita tu. Lepas tu turun escalator tu untuk check lagi kastam. hahaha.. berapa byk check lah kan.. masa tu korg g carik Passport Malaysia dan beratur lah.. dah self service boleh nak g kaunter pun boleh. Aq beratur kat kaunter je lah senang. lagi cepat. Dah sudah tu, jalan sikit... Beratur lagi check lagi kastam.. kali ni check beg pulak ko. hahah.. mcm biasalah gelang, jam, jeket, tali pinggang, beg semua kena scan la kan, letak dlam box yg disediakan. Kita pon kena gak lah melalui pintu dia tu. hahaa.. oke dah selesai jalan.. Koorg kena tgk gate korg apa? A, B, C, D dan lain-lain. Mcm aq Gate C17. So tunggu train untuk g ke Gate C. Baca lah sign boar tu. Jgn malas.. sesat ko gak yg rugi kan. Da naik train sampai ke gate C. Turun. Baca sign board C17 kat mana. Sebelum tu nak g toilet byk je kat situ. Masa tempat menunggu tu pon ada gak toilet. Tunggu je lah kat depan gate C17 tu.  Time tu kena beratur gak tau. Yang ni x leh bawak air.  Boleh bawak dari luar tapi kena seal. Beratur untuk pemeriksaan kastam lagi.  Mcm biasa lah semua kena bukak dan scan.  Yang ni kena cek 1 badan. Kalau perempuan, kastam perempuan akan check. Kalau lelaki, lelaki lah.  Laptop, ipad, tab semua kena bagi kluar dari beg ye semasa pemeriksaan. Letaklah dalm box yang disediakan. Tiket masa tu kena check ngn passport. Yg tu tiket akan dikoyakkan tu. Dah tu selesai sudah. Dah boleh masuk tempat menunggu.  So just nak tunggu penguguman je lah untuk masuk dalam flight.  Pas tu berawan lah kepala menunggu dok dalam flight 13 jam lamanya non stop ke London-Heathrow. hahahaha....



Ada diberi bantal dan selimut
-Setelah berada di atas awan
Dalam flight anda akan dihidangkan makanan setelah 1 ke 2 jam penerbangan.  Pas tu x ada.  Tp sebelum 2 jam sampai akan dihidangkan makanan lagi.

Ni aqnya. Gambar makanan awal pernebagan x sempat ambil. Ni masa 2 jam sebelum nak landing.

My mom mintak noodles

Toilet oke. Bersih. Air minum boleh mintak kalau haus. hahah.. ada je stewardess tu bagi kacang, biskut.
 Masa awal penerbangan tu stewardess tu akan bagi LANDING CARD (lupa nak ambik gambar).

Sumber dari Google Image


Kena tulis dan lengkapkan lah kad ni. Simpan dan sekalikan dengan passport koorg. Nanti nak tujukkan kat kastam UK. Jangan lupa bawak pen. Senang nak isi.  Setelah 13 jam lamanya... Makan, tido, toilet.. hahaha.. sampai lah kita ke destinasi keesokan hari waktu tempatan. kah kahkah... 27.11.15 - 6:-- petang waktu UK. Delay sekejap sebab waktu kat atas cuaca x berapa baik. Sepatutnya aq sampai pukul 4:-- ptg waktu UK mcm tu. Tp apa ap pun alhamdulillah selamat sampai.

-London-Heathrow Terminal 4 Airport
Ok.. masa landing dah gelap dah. Turun je dari Flight.. jalan.. Nanti akan kena beratur untuk cop kastam UK.  Cop kastam boleh by group. Bukan sesorang mcm kat Malaysia. Nanti bagi je lah passport dan landing card. Wifi Free. tp kena register. alah guna email je. Sampai cop kat kastam tu sambil dia cop dia akan tanya.
> Are u come with ur mom?   - Yes. I come with my mom.
> How long u will stay here?  - Around 2 weeks.
> What are u doing here?    - I visit my sister.
> Where ur sister live?     - At Leicester.
> She study? Where?  - At University of Leicester.
dan lain lain lah. Tu soalan famous tu dia akan tya. Semua sekali jawpan adlah dalam landing card.  Masa jawab jgn gagap.  Nanti payah.  Jawab dengan confident walaupun english ko terabur.

Lepas tu da lepas kastam g ambik luggage. Masa last sekali dalam flight, sebelum turun Kapten akan bagi tau kat mana kita akan ambik luggage. Time aq kat 2A. So lepas je kastam turun escalator nanti sampai kat tmpt ambik luggage. Nanti carik lah. mcm aq kat 2A. So tunggu lah luggage kat 2A tu. Dah dapat. Carik WAY OUT -keluar lah tu. terus keluar. Dah selesai.



Day 2 - (27.11.15 - Jumaat)
 -Setelah 13 jam baru lah aq sampai. hahahaha... Masa tu sis aq datang jemput. Pas tu kitaorg terus g ambik tube underground untuk pergi ke King's Cross St. Pancras. Perjalanan ke sana dalam 1 jam gak lah. Byk station. Masa tu ramai org, sebab time orang balik kerja.  Dah sampai sana kena tunggu pulak naik nak ke Leicester.  Time train sis aq beli kol 10 mlm.  Masa nak tunggu tu. Ya Allah sejuk gila ko angin malam. Menggigil kaki. Nak tunggu 3 jam nak pukul 10 mlm masa tu.  *Untuk pengetahuan semua kalau beli tiket on the spot mahal tau. Kalau beli awal n on9 lebih murah. Bezanya adalah 3 kali ganda. hahaha.. tu sis aq yang ckp. Aq pon x tau.

King's Cross St. Pancras
Perjalanan aq dari King's Cross St. Pancras tu nak ke Leicester mengambil masa dalam 1jam 30 minit kot. Lebih kurang lah. Sampai sana dekat nak  1 pagi. Sampai je situ ambik teksi nak ke rumah sis aq. Beg x yah ckp lah berat giler... arraagghhh... X jauh pon dari train station ke rumah sis aq. tp sebabkan dah malam bukan tgh pagi bahaya kan. so ambik teksi. kena bayar £4 = RM 26.52. Mahal ko. Walhal dekat giler. Adoi. X pe sis aq yang bayar. Sampai je rumah dia... terus mandi, solat jamak, makan. Lapa gila kan. haha.. Pas tu tido lah.. kena pasang heater kat umah. Pas tu pasang bed warmer pad untuk tido. Sis aq bagi minum air habbatus sauda. Emmmm... rasanya bukan taste aq kot. X selera x selera.


Day 3 - (28.11.15 - Sabtu) 
- Hari yang ke-3 tido je lah. Sebab jetleg. Awal aq da bangun. Mintak nasik kat my mom. Sebab lapo ko. Sis aq beli beras mati kat sana. So makan beras mati lah. Masakan still masakan Malaysia ok. Tekak aq ni mana lah boleh masakan lain. X berapa nak jalan. hahaha..


Day 4 (29.11.15 - Ahad) - Day 7 (2.12.15 - Selasa)
-  Hari ke-4 hingga ke-7 ni aq g lah keluar ke Leicester Market, pergi shopping kat poundland, Clark, Dorothy Perkins, pergi shopping mall, g museum, jalan-jalan dan lain2.

Dekat Pounland
Yang ni kat Poundland. Semua £1. Macam Kat Malaysia kan kedai RM 2. Mcm tu lah kat sana. Time ni aq borong coklat, snowballs, kacang.
Ni kat Museum of Leicester. G tgk apa kat dalam tu. Bosan. hahaha.
Ni sama gak.. kat Museum of Leicester.

Yang ni Leicester Market semua harga adalah £1 - £2.5. Buah-buahan dan sayur-sayuran.




Jalan - jalan sampai sakit kaki
Water Fountain Leicester City & Bangunan apa tah berdepan dgn Water Fountain

Train Station Leicester

Shopping Mall kat Leicester City.

Kasut Claks aq. Harga £20 yang ni sehari setelah Black Friday Sale! Diskaun 50 %
Yang lain ada.. beg Dorothy Perkins pon ada £20 masa tu g time Black Friday Sale! Dapatlah £18.50. Pas tu next day tu aq g lagi beli lagi design lain £10.50. hahah.. shopping sakan aq.  Tapi x sempat nak ambik gamba. Nanti aq update eh gamba beg. 


Day 8 (3.12.15 - Khamis) - Day 10 (5.12.15 - Sabtu)

Time ni aq dok umah je. hahahaha... sebab aq kecik ati ngn my mom. Ehhh geram pulak aq.. aq ni da lah cepat kecik ati, terasa. Mogok gak lah berlapa 2 hari. Ehh..menggigil2 badan aq x makan. Adoii.. mana x nya mengungkit-ungkit... sakit je hati kite. Klau aq ni byk duit.. ehh takat tiket flight, kasut nike tu aq boleh bayar lah.. cakap lah elok-elok lain kali. X yah cerita lah kat sini. TT_TT Sedih time ni aq nak balik Malaysia rasanya. Aq ni kalau byk duit dah lama aq blah. Aq klua dari rumah sis aq tu. Ish. sebb kan negara org, x ramai org Islam. Payah.. Time tu lah baru aq rasa bersyukur lah kita dok negara kita sendiri Malaysia.
My mom kalau dia da dapat ngn salah sorang ank dia.. emmm x yah ckp la dia boikot aq terus. ehhh.. sabo je lah. Aq x caye ngn mak aq tu. 
Actually sebelum aq pergi aq da dapat mcm firasat (suatu perasaan atau kata hati yang muncul sebelum terjadinya sesuatu). Aq da dapat agak lah kalau my mom ngn sis aq bersama dia org mesti akan buat aq mcm buli la ertikata lain. Korg pernah x kalau ur mom ngn ur sis or brother together diaorg mcm gossip2 tu biasalah, kutuk2 sikit, ada sikit nak sakitkan hati kita. Mcm tu gak my mom n my sis. Dah lama da.. Dari aq kecik sampai sekarang sama. x ada beza pon. So aq da dapat agak. Siap mimpi tu sebelum aq g UK. Aq ni pulak jenis x leh dok lama-lama ngn sis aq. Nanti kitaorg gaduh. Biasalah anak sulung ni mulut puaka sikit, saiko, buli membuli, cakap lepas. Sama lah. Serius masa tu aq mmg rasa nak balik negara sendiri. Sedih wei. x tau lah.. mungkin aq ni cepat kecik hati, terasa kot. Hilang terus mood aq nak bercuti berbaki lagi tu. Gila lah aq doa hari hari Allah cepatkanlah hari untuk balik. Mmg entah la. susah nak ckp. Aq sampai nangis2 mintak sis aq £1000 = dalam RM 7000 lah. Sebab aq nak balik Malaysia. Sumpah. tp x kesampaian. Last2 kena paksa makan sebb aq da menggigil2, da pucat dah. tp badan x turun pon. Gemok gak. TT_TT
Tp x baik gak lah.. Mls aq nak layan diaorg. Sakit ati tu ada sikit lah sampai la ni. huh.. Oke next.


Day 11 (6.12.15 - Ahad)

Hari ke-11 ni aq pagi-pagi lagi dalam pukul 9:30 pagi g ke Leicester Train Station tu nak ke King's Cross St. Pancras. Ke London la masa tu. Mood aq x berapa lagi baik masa tu. hahaha... dalam 1 jam lebih sampai.
Laju gak lah train dia. Da sampai tu g underground tube untuk ke hotel dekat Bayswater.Tube Map 2015
Koorg boleh rujuk lah map tu. hahaha...So kena tukar2 train la. Sis aq belikan tiket yang boleh guna untuk 1 hari. So mana mana boleh turun. Boleh naik mana mana tube. Harga tiket x silap aq £12 ++ gak lah. 

Sekali dah sampai dari Station Bayswater tu jauh gak lah nak ke hotel. Sekali tersampai awl pulak kat hotel tu. Kitaorg sampai dalam pukul 12 lebih gak x silap aq. Check in pukul 1 petang. Bersapau jugak lah kat situ. Sekali dapat pulak bilik.... TT_TT tingkat 4 atas sekali. There is no lift at the hotel. Tangga ko.. Menapak la aq. Dengan bawak beg besar lagi. Ya Allah.. Penat gile. Samapi je bilik terus makan. Makanan yang telah ditapau dari rumah. 

*Hotel dia kat situ ikut kepala tau rate dia. Bukan mcm hotel kat Malaysia boleh ambik bilik standard boleh sumbat berapa org. Dia org x ikut kepala klu kena tangkap koorg kena penelty.

Mcm my sis dia ambik untuk 3 org. Katil 3 single. Bilik ok la. Boleh la. Dia kate hotel tu yang paling murah. X ambik corok sgt sbb bahaya. So yg ni kira org sentiasa lalu lalang gak lah.

Ni lah Hotel aq duduk. Tingkat atas sekali. View dia je. 1 malam £80

Lepas makan dan solat jamak apa semua (sebab payah nak carik masjid kan), bergerak ke Bayswater Station g pulak ke National Museum, Science Museum, Royal Albert Hall, The Hyde Park dan makan malam.


1. National Museum






Gambar ni aq ambik sendiri eh. bukan Google. hahahaha... 


 2. Science Museum




3. Royal Albert Hall



Yang ni x masuk la. kena bayar mahal kot. So ambik gambar dari luar je.

4. The Hyde Park
Masa aq sampai tu da gelap so x ambik gambar. Lagi pun hp aq cikai je. Klau ambik bukan boleh nampak pon. 

Yang ni betul2 berhadapan dengan Royal Albert Hall. Sumber dari Google Image.

Yang ni sambil jalan-jalan dari The Hyde Park nak g underground tube




Meriah kan.. warna warni.
----------------------------------------
Masa nak g balik ke underground tube tu menapak gak lah. Nak balik ke Bayswater. Jauh. Sakit-sakit kaki aq wei. adoii ap nak buat follow je lah org yg bawak. huh. Untuk pengetahuan koorg, kita org jalan kaki je tau nak ketempat2 ni. Sebab dia area-area situ je. Tp kena menapak la. Penat gak lah. Kalau byk duit boleh la nak naik teksi ke bas ke. Kalau koorg byk duit. X kisah lah. 

Pukul 5 lebih petang mcm tu kita org sampai lah ke Bayswater. Terus g makan kat kedai makan Thailand. Sebabkan masih x berapa elok ngn sis aq n my mom. Ada gak la bunyi2 "makan ni sapa nak bayar? Gilir-gilir lah pulak.." Disebabkan aq ni malas nak dengar.. hati aq tu nak balik Malaysia je. Aq bayar lah. 

Nasi Goreng aq order £6.90 air oren (x ambik gambar) alah air oren dalam kotak tu je ha. x sedap. pahit pulak tu. 
Semua sekali aq bayar £24.60
Makanan dia mcm boleh makan 2 orang.. byk giler. serius.

Dah sudah tu balik lah hotel. Mandi, solat dan tidur lah. Letih kot. Kaki aq sakit-sakit pulak. adoiii... 

*********************eehhh... nanti aq update lagi eh. Penat lah menaip.***********************
Aq sambung esok eh.

17.12.2015 - 10:10 pagi

Day 12 (7.12.15 - Isnin)

Hari ke-12 scadule dia, pagi akan pergi makan kat Cantin Malaysian Hall.  Pas tu naik train dari Bayswater turun mana aq pun dah lupa akan pergi London Eye, London Bridge, London Tower dan pergi British Museum.  Untuk pegetahuan koorg Bayswater tu kat situ boleh jumpa ramai Malaysian People because dekat dengan Malaysian Hall.  hahaaha...

1. Malaysian Hall Cantin
Sempat ambik... masuk x lah.. g cantin dia je.
Aq ambik nasik lemak je. Heheh.. My mom pulak ambik nasik putih with taugeh.

2. Park
(x ingat nama park ni, tp dekat dengan Undergroun Russell Square Station)

Hotel Russell Square

Masa ni kaki da start sakit... TT_TT

3. British Museum 
(jalan sikit je dari park kat atas tu. dah jumpa British Museum)


 This is art. hahaha... Museum dia sgt2 besar oke. aq sampai sesat dalam tu.  perrggh letih ko berjalan. serius. Tp klu koorg jenis minat art.. history dan lain-lain.. pergi la 1 hari tu utk g museum ni je. Ni sebahagian gambar je lah. masa aq pergi tu ramai giler org. Budak2 sekolah pon ada. serius ramai. Pas tu ada 4 tingkat. Ada wing East, West, North, South 

Lepas tu kita org pergi balik ke Underground Russell Square ambik pulak tube ke Waterloo. Sebab tiket untuk naik ke London Eye pukul 1:30 petang. So kena gerak lah. Masa kat museum tu dah 12:30 tgh hari.


4. London Eye

Cik Bam Bam menikmati pandangan... hahah..kang korang kate aq bohong lak dan dan naik London Eye. Aq mmg naik. tp mls la nak letak gamba sendiri.. x dek yang lawa..masa tu lupa pulak aq nak bwk monopod. Rugi2... huhuhu... sadis..

Nampak x Big Ben tu. hahaha...
Pandangan dari atas. Mcm semut je org tu..  tu la gambar aq Cik Bam Bam yang makin tembam.. kahkahkah... malunyeee... Owh lupa lak bayaran untuk London Eye ni my sis beli online awal dalam £19+ kot. aq pon x tau. Kalau walk in £23 or £24 x silap.. aq pon x ingat dah.. t korg google lah ye.. hahaha...

Lepas tu kita orang pergi balik naik tube dari Waterloo ke London Bridge 

5. London Bridge

X sempat nak ambik gambar... ada org pulak.. kikiki.. org Malaysia tu. So aq ambik je lah sign dia "London Brigde"

Pandangan dari London Bridge... yang tu London Tower ok.. yang jambatan tu boleh angkat2 tu.. Jgn salah lak. ehhhh...   betulll.. tu adalah London Tower...x caye google.


Yang ni time ni aq nak jalan ke London Tower menyusuri sungai ke? bukn Laut kot.. entah lah. tp ada kapal besau x kan lah sungai lak.. mesti lah laut kan.. kakakakaka

Mak ai.. dia nya bangunan... huh huh...

This is Tower of London. Masuk Bayar.. Aq x masuk lah. Nak g London Tower je. Ni tmpt bersejarah ni. Kubu diaorg.

Taddaaaaa.... I dah sampai sini... kakakak.. time ni ingat muke gembira ke? Sakit kaki ko.. sakit sgt2.... huhhuh..


Sebenarnya ada gamba kat sini. tp hadphone lain.. ahah.. x pe t lah aq update. kena mintak lak ngn sis aq. 


Setelah 15 km berjalan dari Underground London Bridge Station melalui London Bridge menyusuri tepian tepian laut.. kuikuikui.. sampailah London Tower... pergi balik ke Underground London Bridge untuk balik ke Bayswater.. dengan tukar2 tubenya... adoii.. serius sakit gile kaki aq...mmg pancit eh.. sebelum aq g x dek senam senam de kat Malaysia.. main redah je pergi UK ni. Kalau koorg byk duit ambik lah package bas tour.. so jimat masa x sakit kaki. semua tempat dia g x silap. alah google lah tgk mana yang oke. hahaha.. so bila da sampai je ke Bayswater tu beli makanan Halal oke.. di kedai Taza (kedai pakistan kot)... entah aq pon x tau.. 

Yes this is the kedai.. Insya'Allah Halal.. sedap la jugak.. kebab kan.. ahahha..Sumber dari Google Image

Ok. Pas tu singgah kedai beli roti dan donat. Disebabkan semua org da x larat lagi... Balik hotel terus.. disebabkan kaki aq sakit. huhu..my mom urutkan lah.. kaki aq.. gile ko.. kat Malaysia pon aq x dek nak jalan 15km oke... penat giler... sakit kot..mmg pancit abis la.. dah lah naik hotel tingkat 4. huh.. dah mandi, solat jamak apa semua, semua tido tanpa sedar dah.. huhuhuhu....

Day 13 (8.12.15 - Selasa)

Finally the last dayyyy...... huhu.. bangun pagi sakit kaki.... lalalala... bangun2 je siap siap.. g makan kat Malaysian Hall Cantin lagi.... Kalau nak ikutkan murah...sebab 3 orang makan baru £12 ++ lah. Boleh la. Siap air tu.. Milo panas aq mintak... tp kat pintu situ siap ada tulis tau lebih kurang mcm ni lah...."Non-Malaysian can't enter, except accompanied by Malaysian.  Tp my mom said kira murah lah kat situ. ye lah makanan malaysia kot... Keep it up! yeahhh... Masa nak sarapan pagi tu.. Ya Allah hujan lebat giler ko. redah je lah... payung pon mana ada bawak.. 
Lepas tu balik balik ke hotel.. ooopppssss lupak la souvernirs nak bawak balik Malaysia... g singgah kedai souvenirs dulu baru balik hotel.. haha... oke aq borong magnet fridge n keychain.... masuk 1 kedai je.. pandai pulak cakap Melayu tu. ehhh.. ye betul.. dia bagi fridge magnet 17 - £10 , keychain 22 - £10
oke la tu aq pon beli.. ermmm tp tp tp tp ... koorg g lah survey kedai lain dulu.. kadang2 kedai lain lagi byk dapat tp harga sama. hahaha.. sbb aq terkena. ttteeetttt.... rezeki dia. ok. x kisah lah. yg penting ada gak lah yg dibeli...

So, kitaorg pon dah sudah shopping2.. balik lah hotel. Kemas2 barang. dah masuk semua. turun lah.. hahaha..ya Allah. da la beg berat.. Dari tingkat 4 nak ke bawah.. bayang kan beg luggage besar tu. huh.. berhenti-henti gak lah aq setiap tingkat.. da la tangga dia curam... huhuhu... TT_TT dengan kaki sakit.. nak turun angkat beg besau.. baju2 je isinya.. beg.. kasut.

Haaaa... ni le tangga nya.. tu atas sekali oke... huh... nampak x .. mana ada lift.

Setelah aq berjaya turun maka.. kitaorg pon jalan lah menuju ke Bayswater nak ke Terminal 4 - Heathrow Airport. Walhal tiket kol 10 malam tau. Check out. Pukul 11 pagi. hahahaha... bersapau la kat airport tu... Sampai airport x silap aq pukul 1 lebih x silap.. so da masuk nak waktu asar.... sis aq da balik dulu sbb dia nak balik Leicester.. nanti sampi tgh mlm pulak.. so dia beli tiket yg ke2 pukul 3 lebih. Tiket awlnya pukul 9:30 mlm. tp burn je lah.. so kena la solat jamak.. Don't worry.. there has Multi-faith prayer room. So x ada malasah. Jgn ko nak buat alasan ko x leh solat. Islam itu Indah, senang. Syukur Alhamdulillah ada tempat utk solat. bgus gak la diaorg ni. Attraction kan.  Kalau org islam boleh solat. bersih pun bersih... oke lah.

This is the way Multi-faith prayer room
Tempat ambil wuduk. Dekat ngn bahagian lelaki tau. so klu bg yg perempuan nak ambik wuduk tu pepandai la hehehe..

Sorry gambar blurr.. sebab masa ni ada org datang.. kahkahkah... sebabkan terkejut.. ni bilik bhg perempuan. bukan bilik dia bahagi ngn tirai je. sebelah tu bhg lelaki.. tp x de tirai.. dia open. x sempat nak ambik gambar.
Da selesai tu solat zohor, asar, maghrib, isyak tunggu je la sampai pukul 10 malam.. isyak pukul 5 lebih ok.
Counter Check in bukak pukul 8 malam. Lebih kurang.  So kena tunggu lah.. aq pon sempat lah g toilet, merayau kat atas tgk kaunter bukak ke dak... dgn jalan terhencot2 tu.. kaki sakit. haha..

 Pukul 6 lebih aq g lah naik atas tgk sekali kaunter da bukak.. Ya Allah.. da ramai pulak tu beratur... ish ish.. turun tingkat 2 balik.. bg tau my mom.. so kita org terus g naik atas. beratur...

Ni time beratur ni ha.. ramai...

Check in MAS kat Zone D.. Korg kena tgk lah kat papan bawah nie...

Yupp Check - in information. tgk Zone mana koorg kena check in.. yg penting masa dan flight betul.. MAS.

Done Check in... luggage yg berat tu pon telah selamat dah nak masuk kargo.. kahkahkah... 


Next step

Nampak x Departure Hall tu.. oke time tu mmg ramai org. ni aq sempat lah snap 1 gambar...dah check in tu.. x yah tunggu tunggu de.. beratur masuk g departure hall tu ok.. 



Sebab nanti korg kena beratur utk kastam pulak... ok stepnya.. masuk je nanti dia akan kate ada liquid x maksud aq mcm loyen, shampoo, lipsbam, lipstick dll seangkatan dgn nya.. masukkan dalam plastik yang seal disediakan.. lepas tu koorg beratur.. untuk scan tiket koog. tiket kita tu kan ada mcm bar code tu kan. scan.. self service ok.. dia tolong guide je. lepas tu da lepas tu beratur lagi.. check kastammmmm.

 PASTIKAN!!!.... huruf besau ko...LIPSBAM, LIPSTICK, KOSMETIK KORG YG MCM MCM JENIS TU KALAU BOLEH LA.. SILA MASUKKAN DLM LUGGAGE... MASUK KARGO JE. OK. SO KOORG X KAN PENING KEPALA DAH.. SGT SGT STRICT... SERIUS... shampoo, loyen, yg liquid liquid ni.. tolong lah...kalau byk takut x lepas tau... mcm bawah ni...

Dia akan selongkarkan beg korang. keluar kan semua barang.. double cek tu..
Ni aq punya.. lipstick aq n jam tgn aq masukkan dalm plastik yang diorg sediakan... klu x jd mcm atas tu.. kalau berbunyi lah...
Alhamdulillah lah aq lepas.. tanpa ada masalah lah... masa beratur tu nanti da sampai je kat tempat dia tu.. self service ok.. ambik box (kat bawah rail) masukkan sweater, jeket, beg, tu plastik yang masukkan lipstick tu... laptop, ipad, dan seangkatan denganya semua keluarkan.. lalu pintu tu mcm biasa.. kalau bunyi ada la something wrong tu.. ada org tu kena bukak kasut tau.. nasib la.. pas tu kalau pass x dek bunyi tunggu box kita.. klau box tu lurus je.. x dek masalah.. tp tetibe box tu pergi sebelah ... it's mean ada prob lah ngn barang2 kita tu.. tu je...

Masa ni flight aq delay

Yang ni Kapten dan anak-anak kapal sendang menunggu.. gate dibuka.
Yang ni lah gate aq kena masuk baca signboard tu je. da terang2 Malaysia Airlines. Ke KL

Byk lagi gate so jgn silap oke...

X dek keje.. sambil tunggu tgk atas.. cantik gak la kan..

Setelah bersapau menunggu pintu gate dibuka.... akhirnya masuk gak... tp tp tp... dia org bagi family dulu... family with children oke... so kena tunggu gak walau pon aq ni beratur yang no 2... perrgghhh menyirap je... org tua... oku ke apa ke.. dia x bagi masuk tau. pelik lah aq dia org nie..yg jaga bukan org Malaysia.. tp org putih lah... lepas dari tu... baru dia akan bagi tau no dari berapa ke berapa... baru boleh masuk... so koorg kena dgr lah dia wat announcement tu.... So moral of the story nye.. x payah la nak beratur awl2 kat situ.. sama je... sabo je lah...

Setelah 2 jam perjalanan.... dapat makanan... yeaahhh...perut aq mmg lapa gile ko masa tu... pergghh... selamat lah dalam tu bising so x dgr lah bunyi perut aq...kahkahkah...

Sorry gambar terbalik...yang penting kek dia sedapp wa cakap sama lu.. mmg best... 
Okey da makan.... kenyang apa lagi tido lah... lama gak lah aq tido.. sambil dgr lagu... sebb klu x sumbat telinga.. aq x leh nak tido.. lagi 4 - 5 jam nak sampai baru aq terbangun.. hahaha.. lama gak tu tido...

Yang ni makanan petang... Nasik Lemak... 2 jam sebelum touch down.

Yang ni da nak sampai ke KL da ni... kira da ada dalam kawasan Malaysia lah...
Tgk lah.. byk giler negara yang kita kena tempuh dulu .. huhuhu... 
Alhamdulillah selamat sampai..
Masa ni pukul 8 lebih x silap... sbb delay kan.. patutnya pukul 6 lebih da sampai dah...

Alhamdulillah... selamat sampaii... setelah 13 jam perjalanan... part yang aq terharu tu kan.. bila Kapten n peramugari tu kate  "Kepada rakyat Malaysia.. kami ucapkan selamat kembali ke tanah air"
sedih giler kot masa tu.. serius... mmg terharu.. ishhh... meleleh gak lah air mata... ye lah jauh kot perjalanan... koorg ingat aq x risao ke bila berada di atas tu... mcm mcm boleh jadi.. tp Allah masih sayangkan kami semua.. Syukur sgt2...

Masa touch down tu gate aq 17 C jugak... so nak ambik bagasi kena lah naik train KLIA tu untuk ke terminal utama.. da naik train jalan terus je...  Sebelum ambik bagasi tu kena cek kastam dulu tau... so bagi je koorang nya passport kat kaunter.. mcm biasa lah... aq x wat self service.. so aq beratur kat kaunter je... hahahahah....

Lepas tu terus gerak baru ambik luggage..... tgk lah koorg nya no berapa... tengok signboard ok... ada tulis... no flight kita... apa dari mana... jgn salah lak.. lama sikit tunggu sbb luggage lambat sampai..tuannya da sampai dulu...hahahah... dekat 1 jam gak lah tunggu... Lepas tu klua lah kat balai ketibaan... ahahhaha... sapa nak ambik teksi airport pon boleh.. biasa boleh. bas boleh... dan mcm mcm lagi lah... pepandai koorg la bila da sampai Malaysia... Aq sampai je terus solat dulu... jamak qasar... pas tu kita org baru ambik teksi airport... nanti dia tya berapa org.??? luggage berapa??? so koorg tunjuk lah... nak kemana?
So aq ambik teksi utk 2 org 2 luggage sampai senawang RM 110.20.....

CONCLUSION
Alhamdulillah selamat sampai Malaysia...Syukur....
Best lagi di negara sendiri ikutkanlah.. itu pendapat aq...lagi senang...  koorg lantak lahkan..
Kalau nak g pas ni boleh lah pergi oversea lagi... nak g.. tp tp tp..... jeng jeng jeng
Aq akan pergi dengan...... my friends, husband (kalau dah kawin...boleh lah g honeymoon ka...ikut dia outstation ka... atau menang percutian ka... lucky draw ka... hahahha. berangan betul... puiii..) and alone... (mana tau menang percutian ka kan kena lah g sorang.... lagi senang x yang susah2 ikut org.... kahkahkahkah)  kita g negara lain lah ... insya'Allah... aamiin... aamiin..


p/s : to my future husband... sila lah simpan duit anda... I nak g bercuti oversea ok.. x nak dekat2... nak jauh2... Europe.. Paris.. dll.. hahahahaha... demand 

AKHIR KATE... APA YANG AQ SHARE NI... BERGUNALAH UNTUK SAPA YANG NAK G UK TERUTAMANYA.. OK.. MINTAK MAAFLAH TERKASAR BAHASA, TYPO... KOORG PAHAM2 JE LAH... LETIH MENAIP... HUHUHU...

-TAMAT-