Powered By Blogger

Friday, November 17, 2017

Produce 101 Season 2 - PICK ME


Assalamualaikum / Salam Sejahtera 

Haii all... Apa khabar? Sihat ka? 

Semoga koorg sehat selalu... Sekarang ni aq tengah giler kan Kang Daniel. Hahahahha...
Wanna One. Walaupon dia mude dari aq. Aq sebagai unni dia gembira. 

Ooppsss jangan kecam eh. Aq suke mcm tu je. Not the fanatic one. 

So layan la nie. Bye




Thursday, October 19, 2017

Perjalanan sepanjang 1,257 km selama 3 hari (Cuti Deepavali 2017)



Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Sihat ke? Alhamdulillah aq sihat. So apa yang uallz buat sempena cuti Deepavali? Kan sekolah cuti seminggu. hehehehe... x jalan-jalan ke?

Okey tgk tajuk pon apa yang sampai 1257km 3 hari cuti deepavali nie kan?

Aq actually cuti Isnin dan Selasa (16-17/10/17). Ambik cuti rehat le. Sbb mak aq cuti sekolah. So cadang nya mula nak balik kampong Perak je.. sekali unexpected journey ko. Lihat lah peta dibawah itu lah perjalan aq sepanjang 3 hari aq bercuti-cuti Malaysia.

Aq bertolak dari N9 hari Ahad. Sampai Perak, Teluk Intan wajib makan Mee Mastan Ghany okey. Lepas dah ziarah menziarah keluarga sambil bergambar di Kg halaman mak aq.  Lepas tu bermula lah journey aq ke Taiping. Huh. Giler la. Dekat Taiping tido lah semalam rumah sedara. Esok paginye ingat nak balik ke N9, x pon ingat nak naik Cameron Highland. Tetibe mak aq kata jom la kita turun Kuala Kangsar. Sekali terus punya terus naik Grik (aq jumpa yak-yak gajah tgh jalan. Lepas tu Tanah runtuh 2 tempat.) Sampailah lalu Tasik Raban, Tasik Belum, Banjaran Titiwangsa mak ai jauh giler kan.. Letih kot sbb aq sorang je yang drive. Actually aq berdua je ngn mak aq. hahaha... Aq naik baby bumblebee aq tu je.. Lepas lah wei... hahhaa...

Dah sampai area Kelantan.. aq suruh mak aq call lah akak aq. Akak aq nieh dia dok Kelantan. Keja sana. Call bagi tau kitaorg dah ada di Kelantan. Tp masa tu baru kol 11 lebih. Dia kata x leh balik lagi.. Dia suruh g Rantau panjang.

Sampai lah aq ke Rantau panjang... huh.. hebat lah rasa. (x pernah drive sejauh itu)... Shopping?? mmg x la aq shopping.. aq beli buah je.. bidara coklat (buah dia kecik2 je. comel, sedap, rangup, manis), nenas, manga. tu je beli. Buat rasa2.

Lepas tu g ke rumah akak aq. Tunggu dia sampai rumah baru dia share location. Petang juga lah.tp dia dah siap tapaukan Nasik Kukus Haiqal. Sedap lah kan. huh. kenyang. Lepas tu petang dah redup tu pergi ke Pantai Senok. hahaha.. tenang giler. best lah. Tgk video kat bawah eh. Malam tu g Aeon Kelantan. Besak gilak ko. Makan boat noodle je. Akk aq belanje. hahaha. Esoknya tu pepagi g beli sarapan Nasik Kerabu n Laksam. Pas tu. turun ke jalan Gua Musang. Mak ai.. 9 Jam baru sampai rumah. Gilar la. Itu lah sepanjang 3 hari perjalanan aq cuti-cuti Malaysia mendrive sepanjang 1257 km... 

Itu je la aq nak kongsi. Kalau aq rajin t aq update sikit eh. Bye...





Friday, October 13, 2017

Trial set - Lemonex

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Hai semua. Hari ni x banyak keje. Boss aq pon cuti. So ada lah masa nak type blog. Semua sihat ke? Alhamdulillah kalau semua sihat. Sebenarnya dari itu hari lagi aq nak type blog nie. Tp bz. Maklumlah da start bulan 10 jadi byk program. Nie ada lagi 1 program yang tinggal. Ujung bulan nie. Actually, aq ada something nak share tapi aq lupa nak share apa. Pelupa dah aq sekarang ni. Makin tua makin lupa.. Hahahahah... 

Owh ye. Tp hari ni nak share.. ingat x post sebelum ni aq kata nak kurus kan. Mmg x kurus la. Tp sekarang ni aq try pulak produk Lemonex. Aq try set trial dulu. 10 sachet. 1 hari makan 1 sachet. Aq nak tgk la ada perubahan or x. Tp rasanya nak try yang 1 botol tu ada 30 sachet harga dalam RM 130 kot. X sure. Kot Berjaya nanti aq buat review. Hahahaha... 

So far aq baru je start 3 hari. masuk hari nie 4 hari lah. Harap2 Berjaya lah turunkan berat badan. Huhuhu.... Aq nak kurus.. mcm orang lain tp selera makan aq mcm x makan seminggu ko.. Adoi.. tetambah bila balik umah.... mak aq masak sedap (walhal lauk simple je)... lagi lah bertambah-tambah nak makan.

Doakan aq Berjaya lah.

Rasanya itu je kot.. nak story mory dgn korang. So happy holiday sapa yang cuti minggu dpn. Aq ambik cuti 16-17/10/17. Sebab mak aq nak balik kg dia. So sapa lagi driver dia.. aq lah. Abg aq mmg x ambik cuti kot. Akak aq lagi lah nun jauh disana Pantai Timur. So selamat bercuti dan hati-hati memandu kepada semua.. Sila bagi signal bila nak tukar laluan ye. Jangan jadi BAB 1. Hahahaha...



Wednesday, August 2, 2017

2/8/2017 - Budget Konon Nak Kurus Lah!

Assalamualaikum/ Salam sejahtera

Hello uallz sihat ka? Aq alhmadulillah makin hari makin sihat.. hahahaha... Oooppsss... bagai dipam-pam nampaknya. Last aq post2 4/1/17.. ni dah bulan 8.. wow lama giler kot x update.. bukak blog pon x. Serius aq mmg x ada masa. Tp hari ni baru teringat blog aq yang lama x update ni.. hahahha... Sepanjang 8 bulan ni byk gak la dugaan dan cabaran yang ditempuhi. 

Tp sekarang ni tgh kononnya nak turunkan berat badan... kahkahkah.. sengal. tah jadi tah tak.. hangat-hangat tahi ayam... ckp pasal tahi... terbaca lak komen ada kata background aq mcm tahi. ye aq tau T.O.P tu problem. Ko tau x aq ni bukan rajin sgt nak update2, nak tukar2 background blog ni. I'm busy person okey.  Tp x pa la. Sat lagi aq tukaq okey. hahhaha... 

Tahun ni aq mmg bz sikit... byk sgt event, bengkel, program yang nak kena uruskan. Adoi.. serius penat giler. Ni ada 3 lagi program sedang menunggu.. hohoho... abis la... bila lah aq nak bercuti2 ni wei..

Ni pon berlambak lagi kerja tunggu ni.. tp ada pulak ek masa nak type kat blog nie. adoi.. apo lah. X pe lah aq spend my time to write my blog after 8 month not update (English terabur). Owh td aq kata nak turunkan berat badan an.. aq tgh cari produk yang boleh kuruskan badan.. hahhaha... tp risau pon ada gak membahayakan kesihatan. Tp skg ni aq da start sikit minggu2 jogging 30 minit. Hari bekerja x lah. Pagi da g keje. balik dah petang. malam rehat sbb dah penat. Minggu je lah ada masa free..itu pon 7 hari tu full dengan xtiviti. So masa tu kurang ada.. hahaha... Anyway yang penting keluar peluh. Owh office aq pon ada gak buat aerobic waktu lunch jumaat tu 30 minit. Kira okey lah. Baru je start. hihihi.. so aq pon join lah kan. Hope raya haji ni turun lah 10 kg. hahahhaa...  

Itu je lah kot aq nak update. K lah bye. Ni nak selongkar kat mana nak tukar background ni.

***ha aq da tukar da background nature. so semoga aman dan damai baca blog aq yang karut ni. Peace.

Wednesday, January 4, 2017

2017 - Azam Baru?

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Hai semua.. apa khabar tahun baru ni? Semalam n hari ni mesti ramai yang cuti anta anak ke sekolah kan?? hehehe... biasalah.

Well..well.. well..

Ada suka ada duka di tahun 2016... macam-macam dugaan, ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi.  Tapi.. syukur Alhamdulillah masih lagi tabah menghadapi segala ujian yang diberi oleh-Nya. Sebelum nak cerita 2017 ni kan.. nak citer dulu ujung 2016 aq mcm mana... hahaha... Ada artikal aq baca. Dia kata kalau stress menulis apa yang kita x puas hati.. hahaha.. so release stress tu. InsyaAllah.

So, ujung 2016 mcm mcm yang berlaku antaranya jabatan aq ada buat program. Alhamdulillah mmg semua berjalan lancar lah... Tp bila meeting postmortem (The project's finished! It's time to evaluate the work you've done and help your team learn from the experience) <--- ayat copy... tapi hampa... bila meeting org atasan x nak pulak dgr apa masalah orang bawahan ni... dia tau projek done...dpt comment positive dari orang luar.. suka.. tp x pernah ambik tahu masalah yang dihadapi oleh orang bawahan... Citer dia.. seminggu sebelum event ye la event kan ada goodies2..air... kon.. rak mcm mcm lah (sbb buat kat luar jabatan).. tp bab menolong... mengangkat barang2 org yang atas ni langsung x nak menolong... da lah jabatan aq ni sokongan laki 2 orang je.. yang lain semua pempuan. Last2 yang sokongan ni juga lah bertungkus lumus nak menyiapkan pergi sana pergi sini... angkat barang sana barang sini... aq sampai sakit2 pinggang.. dok mengangkat kotak2... tolak troli air.. yang 25 kotak air mineral. banyak kot.. masukkan dalam lori.... mcm mcm lah.. tp tu la.. bila ada yang buat dp "Zaman skg, kalau orang tak Nampak kau buat kerja maksudnya ko x buat kerja. kena menunjuk baru la org kata ko buat kerja" masa meeting ada pulak yang terasa.. KENAPA KO TERASA? SEBAB KO X BUAT KERJA... KO MEMBADAK JE..KE KO KAKI KIPAS... HAHAHAHAHA... belajar tinggi2 but u're so stupid... kalau pikirkan logic.. kenapa perlu ko terasa dengan dp tu? Sebab apa? hahahhaa... sengal kan.. lepas tu hod main tembak je.. eeeiiii ko sebagai ketua ko kena tanya dulu... siasat... bukan ko dgr sebelah pihak je... bukan ko main tembak je masa meeting.. ko saja nak malukan orang yang buat dp tu? Motif ko... Nampak sangat ko mmg x ada ciri2 seorang ketua... u are not good... aq tau diaorg tu sejawatan, sepangkat ngn ko.. tp ko x leh buat orang bawahan ko mcm tu... ko dengar sebelah pihak orang yg sejawatan/ kwn2 ko... ada ko tya dulu kenapa org bawahan buat dp tu? ada tya? x ada.. 😠  Orang atasan mcm koorang.. mmg tau mengarah je.. tau benda siap... apa semua.. ko tau x penat lelah orang bawahan korg. X pikir tu semua... tau yang positive/ Berjaya je.. cisss... menyampah aq ngn org mcm ni... lepas tu siap ugut lak tu diberhentikan.. wei rezeki tu Allah yang bagi.. ko sapa... sekali Allah nak Tarik nikmat yang dia bagi kat ko.. sekelip mata je tau.. x payah nak ugut sangat lah... sebab ko pangkat tinggi ko boleh ugut2 lah.. ehhh.. please lah.. I'm so sorry kepada siapa yang dia panggil jumpa.. sepatutnya dia jumpa ramai2.. Tanya.. ni jumpa sorang2... lepas tu siap ugut.. tahi betul..

Lepas tu beberapa minggu pulak lepas tu.. ada pulak yang carik pasal ngn aq pasal hal remeh2 ni... Wei perlu ke ko nak cc ngn hod sbb aq x tulis kat papan aktiviti? Ko mmg saja kan nak carik pasal... dasar k****g... sakit je hati.. ko boleh je bagi tau aq suruh tulis... mmg menirap la.. naik darah aq.. tp tu la last2 aq sakit kepala 3 4 hari... mak ai.. x leh tido langsung... darah naik wei... sbbkan hal tu aq naik darah....

Ni tahun baru ni AZAM aq apa ye??? CARI KERJA BARU... HAHAHAHA... NAK CARIK GRED YANG LEBIH TINGGI... SEMOGA ALLAH MURAHKAN & LUASKAN PINTU REZEKI AQ. AAMIIN..

So moral story dalam citer aq ni... koorang sabar je lah... lepas tu buat kerja tu x yah nak sungguh2 sangat... orang x appreciated pon kerja kita.. dia tau nama dia naik je... x yah sungguh2 sgt.. tp klu ko kaki kipas.. pasang aircod terus... pahamkan maksud aq... hahaha... lepas tu pepandai lah nak idup... tp sesekali jangan bagi muka.. kena gak smash sesekali.. tp yakin Allah tu sentiasa ada... dia tau yang terbaik untuk kita... ujian2 yang dia bagi tu untuk meningkatkan lagi kekuatan kita untk mengharungi ujian yang lain akan datang yang lebih mencabar... dalam idup ini mmg mcm tu... so fikir2kan baik buruk sebelum membuat keputusan.

Bye 2016 cerita penuh suka dan duka... orang yang selalu kipas tu sila meninggal... hahaha...