Powered By Blogger

Thursday, October 19, 2017

Perjalanan sepanjang 1,257 km selama 3 hari (Cuti Deepavali 2017)



Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Sihat ke? Alhamdulillah aq sihat. So apa yang uallz buat sempena cuti Deepavali? Kan sekolah cuti seminggu. hehehehe... x jalan-jalan ke?

Okey tgk tajuk pon apa yang sampai 1257km 3 hari cuti deepavali nie kan?

Aq actually cuti Isnin dan Selasa (16-17/10/17). Ambik cuti rehat le. Sbb mak aq cuti sekolah. So cadang nya mula nak balik kampong Perak je.. sekali unexpected journey ko. Lihat lah peta dibawah itu lah perjalan aq sepanjang 3 hari aq bercuti-cuti Malaysia.

Aq bertolak dari N9 hari Ahad. Sampai Perak, Teluk Intan wajib makan Mee Mastan Ghany okey. Lepas dah ziarah menziarah keluarga sambil bergambar di Kg halaman mak aq.  Lepas tu bermula lah journey aq ke Taiping. Huh. Giler la. Dekat Taiping tido lah semalam rumah sedara. Esok paginye ingat nak balik ke N9, x pon ingat nak naik Cameron Highland. Tetibe mak aq kata jom la kita turun Kuala Kangsar. Sekali terus punya terus naik Grik (aq jumpa yak-yak gajah tgh jalan. Lepas tu Tanah runtuh 2 tempat.) Sampailah lalu Tasik Raban, Tasik Belum, Banjaran Titiwangsa mak ai jauh giler kan.. Letih kot sbb aq sorang je yang drive. Actually aq berdua je ngn mak aq. hahaha... Aq naik baby bumblebee aq tu je.. Lepas lah wei... hahhaa...

Dah sampai area Kelantan.. aq suruh mak aq call lah akak aq. Akak aq nieh dia dok Kelantan. Keja sana. Call bagi tau kitaorg dah ada di Kelantan. Tp masa tu baru kol 11 lebih. Dia kata x leh balik lagi.. Dia suruh g Rantau panjang.

Sampai lah aq ke Rantau panjang... huh.. hebat lah rasa. (x pernah drive sejauh itu)... Shopping?? mmg x la aq shopping.. aq beli buah je.. bidara coklat (buah dia kecik2 je. comel, sedap, rangup, manis), nenas, manga. tu je beli. Buat rasa2.

Lepas tu g ke rumah akak aq. Tunggu dia sampai rumah baru dia share location. Petang juga lah.tp dia dah siap tapaukan Nasik Kukus Haiqal. Sedap lah kan. huh. kenyang. Lepas tu petang dah redup tu pergi ke Pantai Senok. hahaha.. tenang giler. best lah. Tgk video kat bawah eh. Malam tu g Aeon Kelantan. Besak gilak ko. Makan boat noodle je. Akk aq belanje. hahaha. Esoknya tu pepagi g beli sarapan Nasik Kerabu n Laksam. Pas tu. turun ke jalan Gua Musang. Mak ai.. 9 Jam baru sampai rumah. Gilar la. Itu lah sepanjang 3 hari perjalanan aq cuti-cuti Malaysia mendrive sepanjang 1257 km... 

Itu je la aq nak kongsi. Kalau aq rajin t aq update sikit eh. Bye...





Friday, October 13, 2017

Trial set - Lemonex

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Hai semua. Hari ni x banyak keje. Boss aq pon cuti. So ada lah masa nak type blog. Semua sihat ke? Alhamdulillah kalau semua sihat. Sebenarnya dari itu hari lagi aq nak type blog nie. Tp bz. Maklumlah da start bulan 10 jadi byk program. Nie ada lagi 1 program yang tinggal. Ujung bulan nie. Actually, aq ada something nak share tapi aq lupa nak share apa. Pelupa dah aq sekarang ni. Makin tua makin lupa.. Hahahahah... 

Owh ye. Tp hari ni nak share.. ingat x post sebelum ni aq kata nak kurus kan. Mmg x kurus la. Tp sekarang ni aq try pulak produk Lemonex. Aq try set trial dulu. 10 sachet. 1 hari makan 1 sachet. Aq nak tgk la ada perubahan or x. Tp rasanya nak try yang 1 botol tu ada 30 sachet harga dalam RM 130 kot. X sure. Kot Berjaya nanti aq buat review. Hahahaha... 

So far aq baru je start 3 hari. masuk hari nie 4 hari lah. Harap2 Berjaya lah turunkan berat badan. Huhuhu.... Aq nak kurus.. mcm orang lain tp selera makan aq mcm x makan seminggu ko.. Adoi.. tetambah bila balik umah.... mak aq masak sedap (walhal lauk simple je)... lagi lah bertambah-tambah nak makan.

Doakan aq Berjaya lah.

Rasanya itu je kot.. nak story mory dgn korang. So happy holiday sapa yang cuti minggu dpn. Aq ambik cuti 16-17/10/17. Sebab mak aq nak balik kg dia. So sapa lagi driver dia.. aq lah. Abg aq mmg x ambik cuti kot. Akak aq lagi lah nun jauh disana Pantai Timur. So selamat bercuti dan hati-hati memandu kepada semua.. Sila bagi signal bila nak tukar laluan ye. Jangan jadi BAB 1. Hahahaha...